Showing posts with label Fana Fat To Fit Journey. Show all posts
Showing posts with label Fana Fat To Fit Journey. Show all posts

Monday, 20 May 2024

Bila Nak Mula IF?

Bila nak mula?

Aku ni dah lama sangat tinggalkan IF. Ada lah juga aku mulakan semula, tapi semuanya hampeh. Sejak aku ditempatkan sementara di Wisma P, aku mula suka makan. Mungkin juga sebab tempat makan hanya di depan mata, jalan kaki sahaja aku sudha boleh memilih variasi makanan yang menyelerakan dan mengenyangkan.

Ya.

Aku mestilah mahu menyalahkan perkara lain atau aku sendiri akan dipersalahkan.

Bermula dari penghujung Ramadan sampailah sekarang, aku dapat merasakan perubahan ketara dari segi bentuk badan dan masalah keguguran rambut. Ah! Sangat sedih mengenangkan tentang hal ini. Aku harus melakukan sesuatu agar semuanya tidak akan menyusahkan diri aku sendiri lagi.

Ya.

Aku pernah mempunyai berat badan 116kg, aku juga pernah mencapai berat badan 70kg setelah berumahtangga. Sudah pastinya aku mahukan yang lebih baik untuk diri dan hidupku sendiri. Akum ahu mencintai diriku sendiri lebih dari sekarang.

Jadi, aku harus memulakan perjalanan #FanaFatToFitJourney ku semula. Aku harus jaga diriku dengan lebih baik lagi. Aku tidak mahu lagi dihina hanya kerana aku kelihatan “bahagia” dengan tubuh adanku saat ini.

Doakan aku sahabatku. Aku bersendirian di perbatasan ini. Aku kadang-kadang lemah melayan perasaan. Emm.

Jumpa lagi ^__^.


Thursday, 29 February 2024

Salam 72 Kg

Aku sendiri tak percaya, sejauh ini aku sudah sampai. Aku ingat lagi masa kali pertama aku mulakan perjalanan #FanaFatToFitJourney ni pada tahun 2017. Secara rasmi guna # tu adalah pada tahun 2019. 


Banyak rekod penurunan berat badan aku yang aku tak dapat nak rekod sebab hp dah rosak, hp masuk air, itu semua alasan, hehe. Alu sepatutnya dri dulu kongsi je perjalanan kurus aku dekat blog lama aku, tapi sebab malu tak turun banyak, aku simpan je dekat hp. Sudahnya, hp rosak tak dapat baca, sedih sangat!

Di bawah ini adalah diantara yang aku dapat simpan rekod adalah seperti berikut ;

14.08.2017 - 106.2kg

01.01.2021 - 103.kg

01.09.2021 - 100.7kg

28.02.2024 - 72.9kg

Sebenarnya aku belum pun capai berat aku yang ideal. Tapi, aku belum putus asa. Biarlah orang cakap macam-macam tentang aku, janji aku tak kacau orang. Kalau kau tahu betapa susahnya aku nak turunkan berat badan ni, mesti kau tak berani nak cakap apa-apa.

Cara kira berat ideal

Tinggi dalam cm tolak 105 = Berat ideal

161cm – 105 = 56 Kg

 Ada lagi 12kg aku nak kena buang dari badan aku.


Sebab tu, kali ini aku akan teruskan perkongsian perjalanan kurus aku di sini. Sekurang-kurangnya kalau tak ada yang sokong, aku sendiri boleh baca jerih perih perjalanan ni dan aku tak akan kembali ke zaman kegajahan aku.


Semoga Allah permudahkan urusan aku kali ini untuk lebih sihat kerana Allah. Aamiin Allahumma Aamiin.

 

Jumpa lagi,

Fana