12 RULES FOR LIFE
Buku ni tulisan Jordan B. Peterson, seorang pakar psikologi yang suka bagi nasihat pedas tapi berisi.
Tak ada nak manis-manis sangat, sebab hidup ni memang kena realistik. Jadi, dia bagi 12 peraturan asas untuk hidup yang lebih teratur dan bermakna.
Jom kita hadam satu per satu.
1. Duduk tegak, bahu ke belakang.
Jangan bongkok. Jangan selekeh. Jangan nampak macam tak ada harapan.
Bukan sebab nak nampak bergaya, tapi postur badan yang elok ni sebenarnya bagi signal kat otak dan orang sekeliling yang kita ni yakin dengan diri sendiri.
Nak berjaya, kena mula dengan nampak yakin dulu.
2. Layan diri sendiri macam mana kau layan orang yang kau sayang.
Kadang kita lebih utamakan orang lain sampai lupa jaga diri sendiri. Kalau anak sakit, cepat-cepat bawa pergi klinik.
Tapi kalau sendiri sakit, malas nak pergi, biar je telan Panadol. Jangan buat camtu. Jaga diri sendiri dulu, baru boleh jaga orang lain.
3. Berkawan dengan orang yang nak tengok kau berjaya.
Hidup ni kan, tak perlu kawan yang asyik menjatuhkan kita. Cari geng yang sokong, yang bagi semangat, yang jujur nak tengok kita naik.
Kalau kawan kau asyik kutuk atau buat kau rasa kecil, sila tinggalkan dia tepi jalan.
4. Bandingkan diri kau dengan diri kau semalam, bukan dengan orang lain hari ni.
Jangan sibuk tengok hidup orang lain dekat media sosial sampai rasa hidup sendiri tak cukup bagus.
Yang penting, hari ni kita lebih baik dari semalam. Banding dengan diri sendiri je. Tak payah nak lawan orang.
5. Didik anak elok-elok supaya kau tak menyampah dengan perangai dia nanti.
Anak-anak ni kalau dibiarkan ikut suka, nanti dunia yang ajar mereka cara hidup dan selalunya dunia ajar dengan cara yang kasar.
Jadi, kalau tak nak anak jadi menyakitkan hati, didik mereka dengan betul dari awal.
6. Kemas bilik sebelum kau nak betulkan dunia.
Jangan asyik komplen dunia ni teruk, politik huru-hara, ekonomi teruk, kalau bilik sendiri pun berselerak.
Mulakan perubahan dari benda kecil, sebab kalau yang kecil pun tak boleh urus, macam mana nak urus benda besar?
7. Cari makna dalam hidup, bukan keseronokan semata-mata.
Kalau hidup asyik kejar benda yang seronok je, lambat laun kau akan rasa kosong. Cari sesuatu yang bagi makna,keluarga, kerja yang bermanfaat, tolong orang, kejar impian. Itu yang buat hidup rasa puas.
8. Cakap benda yang benar, atau kalau tak boleh, jangan menipu.
Jangan temberang. Jangan tambah cerita. Jangan bagi alasan yang tak wujud. Bercakap benar tu kadang perit, tapi ia akan selamatkan kau dari banyak masalah dalam jangka masa panjang.
9. Dengar betul-betul bila orang cakap, sebab mungkin dia tahu benda yang kau tak tahu.
Jangan syok sendiri je bercakap. Bila orang bercerita, dengar dengan teliti. Kadang-kadang ilmu datang dari sumber yang kita tak jangka.
10. Cakap dengan jelas apa yang kau nak.
Jangan harap orang faham sendiri apa yang kau inginkan. Kalau ada masalah, luah.
Kalau nak sesuatu, minta dengan jelas.
Hidup akan jadi lebih mudah kalau semua orang tahu apa yang kau maksudkan.
11. Jangan sekat budak-budak ambil risiko yang mereka boleh tanggung.
Anak-anak nak panjat pokok? Biarkan. Nak main basikal laju sikit? Bagi peluang.
Hidup ni penuh risiko, dan mereka kena belajar dari awal untuk hadapinya. Kalau terlalu dilindungi, nanti besar sikit pun dah takut nak buat keputusan sendiri.
12. Kalau jumpa kucing jalanan, belai dia.
Hidup ni susah, tapi kita boleh buat benda kecil untuk bagi kebaikan.
Senyum kat orang, tolong makcik angkat barang, bagi makan kucing tepi jalan.
Kecil je benda tu, tapi mungkin cukup untuk buat satu hari jadi lebih baik.
Jangan jadi manusia yang pasif dan sekadar mengikut arus.
Ambil tanggungjawab, hadap cabaran, cari makna dalam hidup, dan jadilah seseorang yang lebih baik dari semalam.
Hidup ni bukan mudah, tapi kalau ada prinsip yang kukuh, insyaAllah boleh lalui dengan lebih baik.
Selamat pagi pejuang impian !