Bila nak mula?
Aku ni dah lama sangat tinggalkan IF. Ada lah juga aku mulakan
semula, tapi semuanya hampeh. Sejak aku ditempatkan sementara di Wisma P, aku
mula suka makan. Mungkin juga sebab tempat makan hanya di depan mata, jalan
kaki sahaja aku sudha boleh memilih variasi makanan yang menyelerakan dan
mengenyangkan.
Ya.
Aku mestilah mahu menyalahkan perkara lain atau aku sendiri akan
dipersalahkan.
Bermula dari penghujung Ramadan sampailah sekarang, aku dapat
merasakan perubahan ketara dari segi bentuk badan dan masalah keguguran rambut.
Ah! Sangat sedih mengenangkan tentang hal ini. Aku harus melakukan sesuatu agar
semuanya tidak akan menyusahkan diri aku sendiri lagi.
Ya.
Aku pernah mempunyai berat badan 116kg, aku juga pernah mencapai
berat badan 70kg setelah berumahtangga. Sudah pastinya aku mahukan yang lebih
baik untuk diri dan hidupku sendiri. Akum ahu mencintai diriku sendiri lebih
dari sekarang.
Jadi, aku harus memulakan perjalanan #FanaFatToFitJourney ku
semula. Aku harus jaga diriku dengan lebih baik lagi. Aku tidak mahu lagi
dihina hanya kerana aku kelihatan “bahagia” dengan tubuh adanku saat ini.
Doakan aku sahabatku. Aku bersendirian di perbatasan ini. Aku
kadang-kadang lemah melayan perasaan. Emm.
Jumpa lagi ^__^.
teruskan berusaha..insya-Allah..akan berhasil...
ReplyDeletedone folo sini
Alhamdulillah, terima kasih awak.
Delete