Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, 25 February 2025

Isteri

Isteri yang stress akan menangis. Kalau dia tak menangis depan orang, dia akan menangis sendirian dan akan mendiamkan diri.

Kepenatan akan membawa kepada kemarahan. Kemarahan itu perlu diredakan. Tempat paling dekat untuk dilepaskan ialah pada anak-anak.

Marah, geram, menjerit kat anak-anak dan ada kalanya sampai memukul pun ada. Kemudian mereka akan menyesal, sedih dan menangis.

Menjadi mak dan isteri ni umpama bekerja tanpa ada hari cuti. Ada orang menganggap apabila seorang isteri tidak bekerja atau bukan hari kerja dan duduk di rumah ialah sama seperti bercuti dari kerja.

Sebenarnya tidak. Kerjanya sentiasa ada. Kerjanya tidak habis-habis. Apa yang biasa dibuat para isteri nampak macam mudah, tetapi ianya adalah satu kerja yang dibuat berulang-ulang setiap hari.

Bayangkan buat satu-satu benda tanpa henti berhari-hari lamanya. Memang penat. Yang tak nampak penat ialah orang yang tengok orang buat kerja dan bukan orang yang buat kerja itu sendiri.

Isteri sangat stress. Jangan pandang remeh. Saya tengok ada je di kalangan wanita sendiri pandang serong bila ada yang kata mereka penat. Tak semua situasi sama. Tak semua hubungan itu sama. Stress fizikal dan mental orang, lain-lain. Kalau kamu tak stress, bersyukurlah.

Ada juga yang kata, "ye la, lelaki tak pernah stress". Tak sama bro. Stress lelaki dan stress para isteri dan mak ni kategorinya lain. Tak dinafikan kita memang stress juga, tapi kita bukan duduk di rumah sentiasa, kita juga bukan buat kerja rumah setiap hari. Handle anak-anak kecil ni cabaran dia lain macam.

Ambil peduli dan bantu mana yang patut. Jangan ditambah tekanan si isteri.

Kredit Penulisan : Akhtar Syamir Nor Azman

Monday, 3 February 2025

Hutang Kepada Isteri

HUTANG KEPADA ISTERI

.

Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. 

Sebab apa rezeki selalu tak cukup? 

Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? 

Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?

.

Hati kusut.. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati.. 

Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.

Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?

.

Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.

.

Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.W

Perasan tak?? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri

..

.

Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?

.

Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat..

.

Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?

.

Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..

.

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. 

Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin.

Kredit Penulis: Khairul Johari


 

Saturday, 30 November 2024

Selamat Hari Kita Sayang | 30.11.2012 ~ 30.11.2024

Alhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t semua sahabat-sahabat bloggerku. Alhamdulillah, hari ni genap 12 tahun aku dan suami melayari bahtera rumahtangga kami. InsyaAllah, kami masih lagi berdoa agar perkawinan kami kekal bahagia sampai ke syurga, Aamiin Allahumma Aamiin.

12 tahun ini bukan satu jangka masa yang singkat. Pelbagai suka dan duka telah kami lalui. Emosi tak kira masa dan perasaan cemburu mengkhinzir buta selalu mencengkam rasa hahaha. Biasalah, perempuan dan emosi berpisah tiada.

Tahun ini, kami sambut Ulang Tahun Ke - 12 dengan satu hadiah yang besar dan bermakna. Hadiah yang kami tunggu-tunggu sejak 7 tahun dulu. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah hanya akan beri apabila kita betul-betul mampu dan berusaha sahaja.

InsyaAllah, dalam masa terdekat ni, kami akan reveal hadiah kami tu.

Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami, semoga kebaikan berbalik kepada anda semula, Aamiin Ya Mujib.