Saturday, 1 March 2025

Tahniah Anak-Anakku

Tahniah, Anak-Anakku.


Tahniah #AmyrulAkhmal15 kerana berjaya merangkul kembali pingat gangsa (Tempat Ke-4) bagi kategori Tahun 4, dalam acara Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada 28-02-2025 (Jumaat).

Akhmal telah berjaya membuktikan kepada umi dan berjaya mencipta sekali lagi kenangan dengan mendapat pingat selepas pingat terakhir acara merentas desa yang diperolehinya ketika berusia 6 tahun iaitu 4 tahun lepas ketika.

Ketika itu, pada tahun 2021 (musim pandemik), Akhmal merangkul tempat ke-6 bagi kategori Prasekolah.

Akhmal sangat gembira dan menyatakan hari ini (semalam) adalah hari yang terbaiknya. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana telah menggembirakan hati anak-anakku.


Amsyar pula tahun ini berjaya menduduki tempat ke-9. Walau bagaimana pun, Amsyar tidak berjaya memiliki sebarang pingat. Namun begitu, sebagai abang yang baik hati, Akhmal telah meminjamkan pingat beliau untuk si adik merakamkan memori indah dan menghantar gambar kepada umi.

Apapun, terima kasih babah sebab sudi merakamkan memori indah ini walaupun di sebelah kedai makan, hehehe. Akhmal masih menunggu cikgu kelas mengemaskini gambar beliau dan rakan-rakan di dalam aplikasi whatsapp, namun begitu sehingga lewat malam semalam masih tiada sehingga Akhmal ketiduran.

Tahun ini juga, Akhmal dan Amsyar bertukar rumah sukan. Dah tak duduk dalam rumah sukan yang sama (merah) katanya. Harapan umi, buat yang terbaik. Umi dulu gemuk, sukan-sukan ni tak perform sangat, cuma umi je dapat wakil sekolah dalam acara bola baling, rejam lembing dan lontar peluru (sebab tak perlu lompat sangat kot). Jadi, korang yang halus-halus macam babah ni, kenalah lari laju dan boleh lompat tinggi. Hehe.

Arsyad masih bersama pasukan kuning. Untuk Arsyad kalau kena tukar rumah sukan, mungkin banyak drama dan janji yang kena tabur haha. Sebab cikgu kesayangan abang masih rumah kuning, dan anak sulung ni jarang kalah dengan adik-adik dia.


Apapun, sorry abang. Abang tahun ni nak UPKK, harap tak lalai ye sayang. Almaklumlah, semua menunggu babahnya nak belanja kasut but kalau tercalon wakil sekolah untuk bola sepak. Umi macam biasa, tak nak bagi harapan. Kecewa tu sakit oooo. Boleh teringat sampai tua (macam umi).


 

No comments:

Post a Comment