Showing posts with label Pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label Pekerjaan. Show all posts

Wednesday, 30 October 2024

Alhamdulillah | SSPA

Alhamdulillah, hari ini Jabatan kami sudah selesai menandatangani dokumen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) secara beramai-ramai. Setelah berminggu, membaca, mentelaah, mengkaji, berbincang dan bergaduh hehe, akhirnya kami semua dengan rela hati bersedia untuk menurunkan tandatangan pada borang itu.

Seronok sebenarnya tandatangan beramai-ramai ni. Yalah, pencen nanti kan tak sama tarikh, jadi apalah salahnya tandatangan bersama-sama haha.

Kebetulan, waktu aku nak tandatangan ni, ada kawan dari Unit dan Daerah lain datang ke Ibu Pejabat Negeri, maka apa lagi, aku minta tolong lah ambilkan gambar hehe.

muka acah!

baca dulu eh?

semak lagi?

belum ready lah wei!

kau dah snap ke?

okay, peace dulu.

muka happy gaji naik RM240

okay, dah boleh sign!

eh, kena tulis nama pula.

Sebenarnya, banyak lagi gambar yang budak pejabatku ambil, tapi tak apalah. Ini jelah yang aku kongsi di sini. Maaflah meja bersepah, almaklumlah masa ni mak yong tak larat nak angkat ke belakang. Sebab pinggang baru baik masa ni, sebab tertidur dekat lantai lepas balik kerja semalam, hehe.

Apapun, Alhamdulillah.

Tanggungjawab telah dilaksanakan, semoga Allah kurniakan keberkatan dan permudah urusan aku sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) selagi hayat dikandung badan. Doakan aku dan rakan seperjuangan terus kuat dan tabah dalam menjalani tugas kami sebagai kakitangan awam.

Kami antara barisan hadapan yang berdepan dengan pelbagai ragam manusia, belum lagi politik di pejabat. Apapun, aku selalu berpegang, bos aku hanyalah ALLAH dan bos yang ada di pejabat hanyalah manusia biasa yang tak lari daria melakukan kesalahan juga.

Semoga kami semua di lindungi Allah, Aamiin Ya Mujib.

Fana - Sign SSPA on 30 October 2024








Sunday, 27 October 2024

Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Johor

Alhamdulillah, selesai sudah aku bertugas sebagai urusetia bagi Program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Johor anjuran Unit Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang berlangsung pada 26 Oktober 2024 di Kompleks Beia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru, Johor.

Sebenarnya program ni dah berlangsung seawal 25 Oktober 2024 lagi, tapi sebab aku tengah mengandung kan, makanya aku datang pada hari perasmian dan kejadian je hehe.

Aku pun tak ambil gambar program sebab hp aku masa ni buat hal. Panas sangat sampai tak boleh hidup. Cuaca memang panas tak boleh bincang sampai terbakar kulit muka aku dan The Boys.

Pergi kerja bawa anak ke?

The Boys

Arsyad (Putih), Amsyar (Hijau Gelap) & Akhmal (Hijau Neon)

Sebenarnya kalau bertugas di hujung minggu dan berdekatan dengan rumah aku biasa memang bawa ana-anak aku a.k.a The Boys sebab aku tak ada orang gaji kan? Tak kan aku nak tinggal dekat rumah? Biasanya memang aku minta tolong mentua aku jagakan sekejap, tapi kalau program tu santai aku bawa je diorang. Mereka pun dah besar, tak kacau orang pun, boleh urus diri sendiri dah.

Kaau lapar, bagi duit aku suruh diorang beli sendiri je sebab program Jabatan aku biasanya ada food truck, jadi tak risau diorang keluar jauh dari kawasan program hehe.

Masa ni dapat selfie seketul terus mati hp huhu

Macam biasa, si "bungsu" tu nak berkepit je dengan umi dia haha.

Umi saja nak pegang perut sebab orang ingat kita buncit haha.

Lagi gambar kami

Umi dan Amsyar je kaki gambar, yang lain dah stress

Panas ya ampun, tapi umi tetap ceria!

Inilah "adik" umi di pejabat yang selalu jadi tukang ambil gambarku

Dia dah bujang sekarang, nak berkenalan tak?

Aku ni anak dahlah semua lelaki, Allah izinkan kawan-kawan pejabat pun ramai lelaki. Siap ada yang kata tak takut ke nanti jadi skandal? Nauzubillahiminzalik. Aku selalu jaga batas aku. Sebab aku tahu, aku ni manusia biasa, hati kita kan Allah yang pegang. Jaga diri je.

Aku pun jarang juga post hal kerja pada waktu semasa kecuali di FB atau IG, itupun kalau aku nak post lah, sama macam ni juga hehe.

Okay, jumpa next post! Terima kasih.