Showing posts with label Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts

Thursday, 14 August 2025

Selamat Hari Lahir Anak Ketigaku - Amsyar

Selamat Hari Lahir Anak Ketigaku #Amyrulmsyar17

14-08-2025 | Khamis

14-02-2025
Gambar di HSI lepas umi dan baby dapat keluar wad

Semoga itu dan ini yang terbaik buatmu.

Pesanan penaja ;

1. Semoga terus menjadi anak nombor tiga yang hebat macam umi.

2. Semoga sentiasa menggembirakan hati umi dan adik beradik kamu.

3. Semoga menjadi abang yang mendamaikan dan menenangkan selalu.

4. Allah sahaja yang akan membalas kebaikan kamu kepada umi dan baby 😘.

5. Semoga ditetapkan iman dan selalu sabar dan tenang, Aamiin Ya Mujib.


Love you sayang ❤️.

Wednesday, 21 May 2025

WW 20/2025 : Selamat Ulang Tahun Emak

Mak.


Andai mak masih ada, uda cuma mahu peluk mak. Uda mahu tunjuk mak anak-anak uda.

Uda nak bawa mak pergi makan macam mana mak sambut birthday kami dulu.

Mak, tenanglah mak di sana.

Dah 27 tahun mak tinggal uda.

Jangan risau ya mak, uda kuat.


Tunggu uda ya mak.


Al-Fatihah (dibaca) buat Almarhumah Noraini binti Sahat

21-05-1957 ~ 04-10.1998

Friday, 7 February 2025

Selamat Hari Lahir Anak Sulungku - Arsyad

 Selamat Hari Lahir Anak Sulungku #AmyrulArsyad14

06-02-2025 | Khamis

Gambar Abang Hari Kedua dilahirkan

Masa ni abang Darjah 3

Semoga yang baik-baik buat anak kesayanganku.

Abang nak hadiah kena tuntut dengan babah.

Hadiah dari umi, Allah dah tunaikan untuk abang lahir dalam bulan yang sama dengan umi 🥰.

Umi sayang abang sampai syurga Firdaus. Semoga apa sahaja yang abang lakukan akan mendapat rahmat dan keredaan Allah.









Kek dan sambutan abang umi dan babah buat sejurus sahaja umi keluar Wad di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 7 Februari 2025 selepas Isya' di rumah nenek (mentua). Abang seronok sangat sebab umi belanja ke dan babah belanja Marrybrown. Gambar Marrybrown tak ada sebab dah dimakan oleh adik-adik abang sebelum majlis bermula hehe.

Gambar 06-02-2025 sebelum umi kena tahan wad

Nanti bacalah kenapa umi kena tahan wad ya, boleh baca di sini. Terima kasih.

P/S : Tahniah abang dah jadi abang kepada 3 orang adik 🤭. Jangan marah-marah ha 😝.