Wednesday, 15 January 2025

WW 3/2025 : Risau dan Banyak Fikir

Hari ini genap hari ke 245.

Esok aku akan jumpa MO dekat Klinik Kesihatan Ibu & Anak macam biasa. Entah, dah 2 malam kau tak boleh tidur. Banyak benda mengganggu fikiran aku. Aku harap anak aku sihat dan kedudukan dia dah masuk ke laluan. Sejujurnya, aku memang mengharap kuasa Allah untuk izinkan aku bersalin secara normal. Aku memang tak pernah berpeluang merasainya, aku juga bersyukur walau apa cara sekalipun yang Allah beri, kerana aku telah dikurniakan anak-anak lelaki yang sihat dan bijak.

Doakan aku ya sahabat semua.

Wednesday, 8 January 2025

WW 2/2025 : Penat

Esok aku rancang nak ambil cuti rehat dua hari.

9 & 10 Januari 2025.

Entah, minggu ni aku rasa penat sangat. Sebab aku dan suami kemas rumah kot, yelah nak terima anak baru ni aku jadi macam tak menentu. Itu tak kena, ini tak kena. Padahal anak ke empat kot, hehe. Sindrom mak-mak mungkin hehe.

Wednesday, 1 January 2025

WW 1/2025 : Selamat Tahun Baru

 Assalaamualaikum semua.

Selamat Tahun Baru 2025 dan Salam 1 Rejab 1446H buat semua sahabat bloggerku. Semoga tahun ini akan jadi tahun terbaik buta kamu sekeluarga, Aamiin Ya Mujib.

Sunday, 29 December 2024

It's A ...

Alhamdulillah.

Finally, we know the gender of our last baby.

Sebenarnya, kami dah pergi scan pada 05/10/2024. Cumanya, pada ketika itu, ada kesilapan teknikal yang menyebabkan The Boys dan Mr.Suami tak dapat tengok baby bersama-sama. Jadi, kami putuskan untuk scan semula pada hari ini memandangkan usia kandungan dah 30 minggu.

Tapi, atas permintaan suami, kami pilih untuk simpan dulu sebagai rahsia kami sekeluarga. Sebenarnya kami ni masih mengharap keajaiban daripada ALLAH. Apapun, doakan aku dan baby sihat selalu dan dipermudah urusan sehingga ke hari menyambut kelahiran.

xoxo, Fana.

Wednesday, 25 December 2024

WW 12 : Selamat Bercuti Semua

Wah, seronok ya kamu, hari cuti sekolah jatuh pula dengan sambutan Hari Krismas. Makanya, cuti panjanglah kamu smeua ya, hehe. Kakak tak cuti, kakak duduk rumah je. The Boys je kakak tinggal dekat kampung duduk dengan atok mereka. Seronok mereka dapat jumpa sepupu semua.


Semoga cuti kali ini merapatkan lagi ukhwah silaturrahim kita semua. Semoga kita semua bahagia walaupun di mana jua kita berada. Sayangi keluarga anda, xoxo.

Wednesday, 18 December 2024

WW 11 : Persiapan

 Alhamdulillah, bermula dari bulan Oktober 2024, aku dah beli banyak juga keperluan kami. InsyaAllah, ada beberapa lagi keperluan yang aku belum beli. Bila ada waktu lapang, aku kongsikan dengan kamu semua ya. Terima kasih yang sudi sokong aku di sini, semoga Allah memberkati kehidupan anda semua, Aamiin Ya Mujib.

Wednesday, 11 December 2024

WW 10 : 29 Minggu 6 Hari

 Ya Allah, berasa terlalu cepat mas berlalu. Kau permudahkanlah urusan kami ya Allah. Aku hambaMu yang lemah. Bimbinglah kami ya Allah. Aamiin.