Dulu aku selalu rasa tak bertuah (unlucky).
Semua benda aku salahkan orang. Aku salahkan manusia. Aku salahkan Allah tak?
Gila kalau aku tak pernah salahkan Allah.
Aku salahkan Allah tak sayang aku hampir setiap apa yang berlaku dalam hidup aku. Ya, aku kufur nikmat! Aku tak sedar semuanya Allah buat untuk tegur aku dan pastikan aku selalu ingat, percaya dan yakin pada Allah.
Astaghfirullahazim. Teruk sungguh aku rasa.
Sehingga satu hari aku tersedar. Seolah-olah terjaga dari mimpi. Allah jentik hati aku, Allah tarik satu-satu nikmat yang aku ada. Allah buat aku terduduk dan tersungkur, yang aku ingat hanyalah satu
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Hasbunallah wani mal wakil ni mal maula wani'man nasir artinya "Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung."
Aku menangis di sudut yang terang tetapi luka di dalam hati tidak kelihatan. Allah. Berat hati aku untuk reda, istighfar tanpa putus, zikir menjadi sahabat, doa tanpa satu rasa halpa.
Sampai satu hari, aku benar-benar nekad untuk melepaskan rasa tamak aku itu. Bukan sehari dua, bukan sebulan dua malah aku ambil masa bertahun lamanya. Aku bukan malaikat, bukan maksum. Aku cuma manusia yang dahagakan kasih sayang manusia yang sebenarnya aku lupa fitrah manusia itu sifat hatinya berbolak balik dan Allah jualah pemegang hati manusia.
Apabila semuanya aku sudah serahkan kepada Allah, perlahan-lahan jua Allah tarik aku kembali untuk menjadi manusia yang tenang dan menang. Menang bagaimana tu? Menang mengikut apa yang aku sangkakan. Sebab Allah kan mengikut sangkaan hamba-Nya. Jadi, kita kena selalu sangka baik kepada Allah.
Seiring waktu, Allah kurniakan aku lebih dari apa yang aku rasa tak bertuah tu. Malah, lebih dari apa yang aku perlu. Sehinggakan aku pun menangis juga kerana aku rasa tak layak memiliki semua itu. Oh ya, aku semakin sedar bahawa semua yang aku miliki bukan miliki kekal abadi.
Sesungguhnya, aku pun manusia biasa yang tak lari dari rasa tak bertuah itu 🥺.
Salam 7 Ramadan 1446H
No comments:
Post a Comment