Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Wednesday, 25 June 2025

WW 25/2025 : Dia Isteri

 

Kalau dia sihat.

Dis takkan minta tolong urutkan pinggang. Dia lenguh sangat tu. Betis, tapak kaki, bahu, satu badan dia sakit sebab banyak perubahan jadi untuk melahirkan zuriat.

Dia....

Isteri tuan yang hebat. Dia tahu kulit dan isinya akan disiat sehingga darah memancut. Tetspi dia tetap buat.

Sebab? Dia tak sabar nak bagi status AYAH buat tuan. Dia adalah isteri tuan. Amanah dari Allah buat tuan.

Friday, 14 February 2025

Finally - I Quitted


14-02-2025 | 8.25am

Finally and officially.

I quitted from this group.

Sad, down and too much feeling to describe but i don’t want to describe more.


Alhamdulillah, sepanjang dalam group ni, Allah berikan aku peluang merasai pengalaman melahirkan anak secara normal walaupun pada akhirnya kena czer juga.

Sesiapa yang berminat untuk belajar melahirkan anak secara normal selepas czer, boleh join group ni. Maaf, link aku tak boleh bagi sebab aku dah left group. Korang search je, insyaAllah jumpa.

Apapun, setelah semua usaha kita dah buat, kepada Allah jualah kita berserah. Pasti ada sesuatu kemanisan yang Allah sediakan untuk kita setelah ujian yang DIA berikan.

Terima kasih atas semua ilmu dan nasihat, insyaAllah ada rezeki lain yang lebih baik menanti.


Selamat tinggal kenangan 🥺.


Fana Hana,

Mom Of 4 Boys,

#CzerMom

Monday, 3 February 2025

Senaman Bersalin

Dah hujung-hujung ni bila aku nak buat senaman butterfly tu seksa amat ya.

Tapi ku gagahi jua. Teringat masa mengandung Akhmal, aku ada buat jalan itik dan Alhamdulillah bukaan 5cm Allah bagi rasa. Tapi sebab tak ada banyak ilmu, tambah pula rasa takut luka pembedahan lama koyak dan kurang sokongan (suami pun takut juga). Maka, 11 jam di wad bersalin bertarung nyawa, akhirnya ke OT juga.

Aku reda.

Alhamdulillah. Bahagian aku begitu.

Bahagian kau?

Wednesday, 22 January 2025

WW 4/2025 : Temujanji di Hospital Sultan Ismail

Hai awak.

Hari ini saya ada temujanji bersama doktor di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Doakan saya, baby dan semuanya baik-baik sahaja ya awak. Terima kasih, awak.

Wednesday, 15 January 2025

WW 3/2025 : Risau dan Banyak Fikir

Hari ini genap hari ke 245.

Esok aku akan jumpa MO dekat Klinik Kesihatan Ibu & Anak macam biasa. Entah, dah 2 malam kau tak boleh tidur. Banyak benda mengganggu fikiran aku. Aku harap anak aku sihat dan kedudukan dia dah masuk ke laluan. Sejujurnya, aku memang mengharap kuasa Allah untuk izinkan aku bersalin secara normal. Aku memang tak pernah berpeluang merasainya, aku juga bersyukur walau apa cara sekalipun yang Allah beri, kerana aku telah dikurniakan anak-anak lelaki yang sihat dan bijak.

Doakan aku ya sahabat semua.

Sunday, 29 December 2024

It's A ...

Alhamdulillah.

Finally, we know the gender of our last baby.

Sebenarnya, kami dah pergi scan pada 05/10/2024. Cumanya, pada ketika itu, ada kesilapan teknikal yang menyebabkan The Boys dan Mr.Suami tak dapat tengok baby bersama-sama. Jadi, kami putuskan untuk scan semula pada hari ini memandangkan usia kandungan dah 30 minggu.

Tapi, atas permintaan suami, kami pilih untuk simpan dulu sebagai rahsia kami sekeluarga. Sebenarnya kami ni masih mengharap keajaiban daripada ALLAH. Apapun, doakan aku dan baby sihat selalu dan dipermudah urusan sehingga ke hari menyambut kelahiran.

xoxo, Fana.

Monday, 7 October 2024

Berita Gembira

Alhamdulillah, seronok aku pagi-pagi dah dapat berita gembira.

Ada seorang kawan pejabat kongsi berita gembira yang partner kami mengandung anak ke 4 juga.

Tak sangka lepas aku naik cuti bersalin akan ada yang sambung cuti bersalin juga hehe.


Apapun, Alhamdulillah.

Rezeki anak ni rahsia Allah untuk kita semua. Aku doakan semua kawan-kawan aku sama ada yang aku kenal rapat atau tidak dikurniakan rezeki anak dari Allah. Jika sampai hujung nyawa kita tidak merasai niat anak, maka jangan bersedih. Hanya Allah yang tahu perjalanan hidup kita. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya.


Berserah dan reda pada takdir Allah.