Wednesday, 30 October 2024

Alhamdulillah | SSPA

Alhamdulillah, hari ini Jabatan kami sudah selesai menandatangani dokumen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) secara beramai-ramai. Setelah berminggu, membaca, mentelaah, mengkaji, berbincang dan bergaduh hehe, akhirnya kami semua dengan rela hati bersedia untuk menurunkan tandatangan pada borang itu.

Seronok sebenarnya tandatangan beramai-ramai ni. Yalah, pencen nanti kan tak sama tarikh, jadi apalah salahnya tandatangan bersama-sama haha.

Kebetulan, waktu aku nak tandatangan ni, ada kawan dari Unit dan Daerah lain datang ke Ibu Pejabat Negeri, maka apa lagi, aku minta tolong lah ambilkan gambar hehe.

muka acah!

baca dulu eh?

semak lagi?

belum ready lah wei!

kau dah snap ke?

okay, peace dulu.

muka happy gaji naik RM240

okay, dah boleh sign!

eh, kena tulis nama pula.

Sebenarnya, banyak lagi gambar yang budak pejabatku ambil, tapi tak apalah. Ini jelah yang aku kongsi di sini. Maaflah meja bersepah, almaklumlah masa ni mak yong tak larat nak angkat ke belakang. Sebab pinggang baru baik masa ni, sebab tertidur dekat lantai lepas balik kerja semalam, hehe.

Apapun, Alhamdulillah.

Tanggungjawab telah dilaksanakan, semoga Allah kurniakan keberkatan dan permudah urusan aku sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) selagi hayat dikandung badan. Doakan aku dan rakan seperjuangan terus kuat dan tabah dalam menjalani tugas kami sebagai kakitangan awam.

Kami antara barisan hadapan yang berdepan dengan pelbagai ragam manusia, belum lagi politik di pejabat. Apapun, aku selalu berpegang, bos aku hanyalah ALLAH dan bos yang ada di pejabat hanyalah manusia biasa yang tak lari daria melakukan kesalahan juga.

Semoga kami semua di lindungi Allah, Aamiin Ya Mujib.

Fana - Sign SSPA on 30 October 2024








WW 4 : Cuti

Aku rasa tahun 2024 ni, banyak sangat hari cuti. Entahlah. Dulu-dulu waktu aku sekolah rendah, macam tak ada sangat cuti pendek sebab aku cuma ingat cuti yang panjang je, hahaha. Aku tahu, kerajaan nak menyusun semula sesi persekolahan di Malaysia ni. Yelah, sejak kita dilanda Covid dulu, semua benda berubah. Jadi, kita pun ikut jelah mana yang baik kan?

Apapun, selamat Menyambut Hari Deepavali buat semua kaum India di seluruh dunia. Semoga yang baik-baik buat kamu semua.