Friday, 28 March 2025

Terima Kasih, Sahabat

Aku simpan di sini kenangan kita beb.
1001 cerita di sebalik gambar ini.
Biarlah, hanya kau, aku dan ALLAH sahaja yang tahu.

Terima kasih selalu ada untuk aku.

Ini bukan tentang siapa yang kuat.
Ini tentang siapa yang bersabar dan bertahan.

P/S : Gambar kami pada 23-02-2025 di KKSB


Mak anak 4, Anak Bujang & Anak Dara

Nanti lepas pantang kita lepak-lepak makan-makan eh? Cuma tak boleh lepak mamak ampai pagi macam dulu, sebab baby menyusu badan tak elok berembun, kah!

Benda aku rindu

Assalamualaikum semua.

Bila dah habis pantang ni, ada beberapa benda yang buat aku rindu dan tak mungkin aku dapat ulang lagi.

1. Kasih sayang suami dan anak-anak
Aku dilayan bagai puteri ya. Ya, bohong lah kalau aku tak ada emosi langsung. But, aku memang terus terang bagitau suami aku and the boys, i want this and like this. Selalu yang jadi tukang spoil is my number 3. Dia suka kantoikan usaha babah dan abang-abang dia.

2. Dapat urutan dari CL lelaki perkasa
Ha, jangan fikir bukan-bukan. Tentulah CL tu suami aku sendiri. Pertama kali aku rasa urutan dia pada aku tu, urutan nal bagi aku sihat dan sembuh sepenuhnya.

Dia bersihkan luka aku, selama ji aku bersihkan kuka aku sendiri. Jangan tanya kenapa, Alhamdulillah, inilah manis yang Allah janji untuk aku.

CL ni pun masak nasi untuk aku setiap kali aku nak makan. Walaupun sekadar masak nasi, aku dan baby kenyang ya. Burrrppp! Alhamdulillah.

3. Tak payah basuh pinggan mangkuk
Pertama kali aku makan dan minum tinggal je dekat sinki, semuanya suami and the boys selesaikan. Sekarang? Hahaha.

Alhamdulillah. Merasa juga dapat princess treatnebt.

Ada lagi ke? Ada!

Nanti aku sambung part 2 ya! Bye!

Thursday, 27 March 2025

Tamat Sudah

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Maka, tamat sudah 44 hari berpantang dijaga sepenuhnya oleh Allah, Para Malaikat-Nya, Mr. Suami dan The Boys 🥰.


Perjalanan berbaki 56 hari untuk menamatkan tempoh “berehat dan bertenang 100 hari”.


Lain orang lain caranya.

Lain orang lain ragamnya.

Lain orang lain sakitnya.

Lain orang lain penyembuhannya.


InsyaAllah, aku akan terus kuat dan semoga Allah permudah semuanya. Aamiin Ya Mujib 🤲🏻.


12-02-2025 ~ 27-03-2025

8.15 malam

Wednesday, 26 March 2025

WW 13/2025 : Mudah

Mudah je hidup ni.

Kita dah tahu, kau diam, kau tengok sejauh mana kebodohan ini berpanjangan ✨


Throwback me in era 2021 - 2022 😘

Wednesday, 19 March 2025

WW 12/2025 : Hati-Hati

Zaman sekarang, kita mungkin tak membunuh orang dengan senjata, tapi tanpa sedar kita membunuh mental orang dengan kata-kata atau perbuatan kita.

Hati-hati dalam semua perkara✨

Wednesday, 12 March 2025

WW 11/2025 : 1000 kali

 Baca ni 1000 kali selepas Isya'.


اَسْتَغْفِرُ الله إِنَّهُ كَنَ غَفَّر


Artinya:

Aku memohon ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


P/S : Nak baca dari pagi pun boleh tak ada masalah.

Monday, 10 March 2025

Doa Ibu


 KERAMATNYA DOA IBU! 🤲🏻🥺

1. Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya..Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya.seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh.Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan..imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang..

 2. Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah..anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah..ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi..bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja...Doa ibu sangat penting.kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap anaknya.

3. Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu...Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya..Keberkatan hidup....keredhaan hidup anaknya..Kehilangan seluruh hidupnya...anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari.mulut ibunya..jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya..

4. Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap anaknya. Denyutan  jantung anak terasa jantung dirinya...anak adalah pusaka bila ibu dan ayah dah mati...bila anak anak adam mati terputus segala amalan anak adam  kecuali tiga perkara dan antaranya doa anak yang soleh, bila ibu doakan perkara yang tak baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya...bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan..Contohnya ketika marah kita doakan anak kita sakit  kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit...Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik..

5. Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita..kucuplah dahinya..peluklah ibu...saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya...Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih..

Sungguh besar jasa ibu..❤️✨

Kredit : FB Jentik Hati

Saturday, 8 March 2025

Tak Bertuah

 

 

Dulu aku selalu rasa tak bertuah (unlucky).

Semua benda aku salahkan orang. Aku salahkan manusia. Aku salahkan Allah tak?

Gila kalau aku tak pernah salahkan Allah. 

Aku salahkan Allah tak sayang aku hampir setiap apa yang berlaku dalam hidup aku. Ya, aku kufur nikmat! Aku tak sedar semuanya Allah buat untuk tegur aku dan pastikan aku selalu ingat, percaya dan yakin pada Allah.

Astaghfirullahazim. Teruk sungguh aku rasa.

Sehingga satu hari aku tersedar. Seolah-olah terjaga dari mimpi. Allah jentik hati aku, Allah tarik satu-satu nikmat yang aku ada. Allah buat aku terduduk dan tersungkur, yang aku ingat hanyalah satu 

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Hasbunallah wani mal wakil ni mal maula wani'man nasir artinya "Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung."

Aku menangis di sudut yang terang tetapi luka di dalam hati tidak kelihatan. Allah. Berat hati aku untuk reda, istighfar tanpa putus, zikir menjadi sahabat, doa tanpa satu rasa halpa.

Sampai satu hari, aku benar-benar nekad untuk melepaskan rasa tamak aku itu. Bukan sehari dua, bukan sebulan dua malah aku ambil masa bertahun lamanya. Aku bukan malaikat, bukan maksum. Aku cuma manusia yang dahagakan kasih sayang manusia yang sebenarnya aku lupa fitrah manusia itu sifat hatinya berbolak balik dan Allah jualah pemegang hati manusia.

Apabila semuanya aku sudah serahkan kepada Allah, perlahan-lahan jua Allah tarik aku kembali untuk menjadi manusia yang tenang dan menang. Menang bagaimana tu? Menang mengikut apa yang aku sangkakan. Sebab Allah kan mengikut sangkaan hamba-Nya. Jadi, kita kena selalu sangka baik kepada Allah.

Seiring waktu, Allah kurniakan aku lebih dari apa yang aku rasa tak bertuah tu. Malah, lebih dari apa yang aku perlu. Sehinggakan aku pun menangis juga kerana aku rasa tak layak memiliki semua itu. Oh ya, aku semakin sedar bahawa semua yang aku miliki bukan miliki kekal abadi.

Sesungguhnya, aku pun manusia biasa yang tak lari dari rasa tak bertuah itu 🥺.

Salam 7 Ramadan 1446H

Thursday, 6 March 2025

Drama 4 Ramadan 1446H

 Drama 4 Ramadan 1446H


Amsyar : Umi, lepas ni kalau umi mengandung lagi, siapa nama baby? Sebab umi cakap saya akan dapat adik lelaki juga kan?

She : Umi tak boleh mengandung lagi sayang (suara getar di hujung) 🥺


Amsyar : Ala, kenapa? Saya nak adik lagi. Saya suka adik baby. Saya nak adik lagi. Saya tak ada adik perempuan, saya nak adik lelaki lagi (muka penuh pengharapan).

She : Menangis dalam hati 😭. Umi beritahu babah eh? Nanti umi suruh babah kahwin lain lah bagi Amsyar adik lagi. Mungkin dapat perempuan lepas ni.


Amsyar : Eh, tak nak lah! Tapi, kenapa umi tak boleh mengandung lagi? Umi kata lepas ni umi dah sihat dah boleh jalan-jalan, boleh lah mengandung lagi, kan kan kan?

She : Mampu tersenyum je.


Perbualan di atas ketika suami di luar rumah. Suami masuk je rumah si Amsyar pun senyap.


She : Babah, Amsyar nak umi mengandung lagi, tapi umi tak boleh. Babah kahwin lain jelah eh, bagi Amsyar adik lagi. Dia nak adik lelaki lagi.

Suami : Geleng kepala dengan senyuman. (Entah, senyuman apa yang dimaksudkan, malas aku nak bersangka-sangka).


Amsyar : Tak apalah umi, nanti saya doakan umi boleh mengandung lagi. Umi kan muda lagi dari babah. Ustazah kata doa bulan Ramadan ni Allah akan makbulkan.

She : Amsyar, Amsyar doakan Allah bagi kita ke umrah ya sayang.. Amsyar nak pergi umrah dengan umi kan? Okay sayang?

Amsyar : Okay umi. Nanti kita pergi dengan adik baby tau. Boleh lah saya doa kat Allah bagi umi mengandung lagi (berusaha tanpa gagal).


Allah. Aku tak tahu nak jelaskan macam mana lagi kepada dia. Usia baru 8 tahun, dia tahu umi dia selalu “sihat” tak pernah sakit.


Umi dia masuk hospital pun dia siap cakap “umi cuma nak keluarkan baby je kan? Umi boleh makan kan? Okaylah tu tak sakit”.


Alhamdulillah, terima kasih Allah kurniakan anak yang petah berbicara. Asbab makan Omega 3 dengan izin Allah, banyak juga membantu kepetahannya tu.


Suami dan anak adalah pinjaman Allah, aku reda ya Allah 🤍.


#KakNaPreciousMoments

Wednesday, 5 March 2025

WW 10/2025 : Hati Perut

 Suami isteri kena ada "Hati Perut" iaitu rasa kesian pada pasangan masing-masing.


Suami kesian pada isteri dan isteri kesian pada suami. Bila ada rasa kesian, maka akan timbul rasa tak sampai hati. Tak sampai hati nak sakitkan hati dia.

Sama juga rasa kesian tengok dia letih. Kesian tengok dia bersedih.

Tuesday, 4 March 2025

Ada Ketika

Ada ketika kau harus baca kisah orang hebat untuk jadikan kau lebih “kuat dan hebat” demi anak-anak kau.

Bukan nak menyanjung atau memuja, cerita semua manusia boleh reka. Tapi menaip semula luka lama, tidak semua mampu melakukannya 💙.


Lihat di sini.

Monday, 3 March 2025

Pada Akhirnya

 


Dan pada akhirnya semua kawan yang kita pernah rapat hanya akan menjadi 'silent reader' dan 'lost contact' bila sampai waktunya.


Hidup ini umpama satu pengembaraan. Kita akan bertemu dan berkenalan dengan begitu ramai orang semasa dalam perjalanan...


Tapi hanya orang yang terpilih saja yang akan bersama kita hingga ke akhir usia dan mereka itulah yang kita panggil keluarga.🥰


Begitulah lumrah dalam adat berkawan...


Bila kita dah bersara atau pun berpindah ke tempat kerja baru, satu perkara yang pasti adalah kita akan hilang kawan² sekerja yang pernah selalu ada di samping kita dulu.


Kawan minum, kawan makan, kawan sembang, kawan gosip, semua tu dah takda. Sembang kat whatsapp pun dah takkan sama cam dahulu lagi.


Itulah yang dinamakan kehidupan...


Pandai² la buat aktiviti sendiri bagi menyibukkan diri. Terima kasih pada semua 73,000 rakan² FB dan follower yang selalu komen kat post² Aku sebelum ini...🌹


Moga kita terus kekal bersahabat di dunia maya dan insyallah di dunia nyata juga suatu hari nanti.


Kredit

FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol

Sunday, 2 March 2025

Surah Al-Mulk

 


Bila ALLAH gerakkan hati kita untuk baca Surah Al-Mulk pada setiap malam sebelum tidur, maknanya ALLAH nak selamatkan kita dari azab kubur.


Jangan lupa Al-Mulk ye sebelum tidur.


Selamat Malam😊


Day 1/30

Day 1/30


Kau kata kau tak cinta,

Tapi ternyata kau masih menunggu dia.


Kau kata kau hanya menunggu,

Tapi ternyata kau seorang yang setia.

Saturday, 1 March 2025

Tahniah Anak-Anakku

Tahniah, Anak-Anakku.


Tahniah #AmyrulAkhmal15 kerana berjaya merangkul kembali pingat gangsa (Tempat Ke-4) bagi kategori Tahun 4, dalam acara Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada 28-02-2025 (Jumaat).

Akhmal telah berjaya membuktikan kepada umi dan berjaya mencipta sekali lagi kenangan dengan mendapat pingat selepas pingat terakhir acara merentas desa yang diperolehinya ketika berusia 6 tahun iaitu 4 tahun lepas ketika.

Ketika itu, pada tahun 2021 (musim pandemik), Akhmal merangkul tempat ke-6 bagi kategori Prasekolah.

Akhmal sangat gembira dan menyatakan hari ini (semalam) adalah hari yang terbaiknya. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana telah menggembirakan hati anak-anakku.


Amsyar pula tahun ini berjaya menduduki tempat ke-9. Walau bagaimana pun, Amsyar tidak berjaya memiliki sebarang pingat. Namun begitu, sebagai abang yang baik hati, Akhmal telah meminjamkan pingat beliau untuk si adik merakamkan memori indah dan menghantar gambar kepada umi.


She : Akhmal, kenapa awak duduk dekat no 2?
Akhmal : Yelah, sebab no 5 dia duduk dekat no 3. 2 + 3 = 5. Saya duduk dekat no 3 sebab 2 + 2 kan 4. Betul lah tu saya kira kan?

Ya Allah, bijaknya anak saya.

Apapun, terima kasih babah sebab sudi merakamkan memori indah ini walaupun di sebelah kedai makan, hehehe. Akhmal masih menunggu cikgu kelas mengemaskini gambar beliau dan rakan-rakan di dalam aplikasi whatsapp, namun begitu sehingga lewat malam semalam masih tiada sehingga Akhmal ketiduran.

Tahun ini juga, Akhmal dan Amsyar bertukar rumah sukan. Dah tak duduk dalam rumah sukan yang sama (merah) katanya. Harapan umi, buat yang terbaik. Umi dulu gemuk, sukan-sukan ni tak perform sangat, cuma umi je dapat wakil sekolah dalam acara bola baling, rejam lembing dan lontar peluru (sebab tak perlu lompat sangat kot). Jadi, korang yang halus-halus macam babah ni, kenalah lari laju dan boleh lompat tinggi. Hehe.

Arsyad masih bersama pasukan kuning. Untuk Arsyad kalau kena tukar rumah sukan, mungkin banyak drama dan janji yang kena tabur haha. Sebab cikgu kesayangan abang masih rumah kuning, dan anak sulung ni jarang kalah dengan adik-adik dia.


Apapun, sorry abang. Abang tahun ni nak UPKK, harap tak lalai ye sayang. Almaklumlah, semua menunggu babahnya nak belanja kasut but kalau tercalon wakil sekolah untuk bola sepak. Umi macam biasa, tak nak bagi harapan. Kecewa tu sakit oooo. Boleh teringat sampai tua (macam umi).