Saturday, 14 September 2024

Cuti Sekolah

Aku rasa tahun 2024 ni, banyak sangat hari cuti.

Entahlah.

Dulu-dulu waktu aku sekolah rendah, macam tak ada sangat cuti pendek, sebab aku cuma ingat cuti yang panjang je, hahaha. Aku tahu, sekarang ni kerajaan tengah nak susun semula sesi persekolahan di Malaysia ni. Almalklumlah, dulu kan kita PKP lama sangat, hehe.

Cuti Sekolah : 13.09.2024 - 21.09.2024 (9 hari).

Walaupun anak-anak rasa lama sangat cuti kali ini, aku tetap rasa sekejap je, sebab aku kerja hahaha. Taklah, sebenarnya aku ambil cuti jugak, aku mohon cuti pada 18 - 19 September 2024 (2 hari) sebab nak menziarahi adik aku di Kuantan.

Yelah, sejak aku bersalin anak no 3 dulu, aku tak pernah lagi bawa anak aku bertiga bercuti keluar dari Johor ni. Kalau ada pun, salah seorang dari kami akan kena tinggal. Jadi, ini merupakan pengalaman pertama bagi anak aku yang nombor tiga tu, hehe.

Suami tak ikut ke?

Buat masa ni, kalau berjalan luar negeri Johor, aku akan pergi naik kereta dengan abah aku. Yelah, aku ni tak biasa memandu jauh, lagi pula banyak kos yang peru difikirkan hehe. Eh, tipu je. Suami aku tu dia sibuk mencari nafkah, untuk kami habiskan, jadinya kami pergilah berempat je, hahaha.

Kami ada merancang untuk bercuti ke Melaka, memandangkan lokasi pertama kami bercuti berlima dulu adalah di Kluang dan Batu Pahat (2022), kami nak juga cuba bawa anak-anak bercuti ke luar negeri. Orang kata, ada bajet sikit, bercuti dengan bajet yang ada jelah hehe.

Apapun, terima kasih juga buat bos-bos yang menyokong dan meluluskan cuti aku ketika musim cuti sekolah ni. InsyaAllah, post tentang bercuti ke Kuantan aku akan kongsi di sini. Jenuh nak scroll cari gambar dan video semula ni hehe.

Jumpa lagi, Assalamualaikum.

Thursday, 29 August 2024

Muka Sendiri

 

Gambar 2019

Dulu aku selalu nak ambil gambar muka sendiri sebab aku nak tengok ada ke perubahan dekat muka aku. Penuh galeri hp aku dengan selfie aku sendiri. Satu baju / tudung ada berpuluh selfie haha.

Tapi sekarang ni aku jadi macam tertanya-tanya, apa tujuan eh aku selfie?

Em, begitulah.



Monday, 20 May 2024

Bila Nak Mula IF?

Bila nak mula?

Aku ni dah lama sangat tinggalkan IF. Ada lah juga aku mulakan semula, tapi semuanya hampeh. Sejak aku ditempatkan sementara di Wisma P, aku mula suka makan. Mungkin juga sebab tempat makan hanya di depan mata, jalan kaki sahaja aku sudha boleh memilih variasi makanan yang menyelerakan dan mengenyangkan.

Ya.

Aku mestilah mahu menyalahkan perkara lain atau aku sendiri akan dipersalahkan.

Bermula dari penghujung Ramadan sampailah sekarang, aku dapat merasakan perubahan ketara dari segi bentuk badan dan masalah keguguran rambut. Ah! Sangat sedih mengenangkan tentang hal ini. Aku harus melakukan sesuatu agar semuanya tidak akan menyusahkan diri aku sendiri lagi.

Ya.

Aku pernah mempunyai berat badan 116kg, aku juga pernah mencapai berat badan 70kg setelah berumahtangga. Sudah pastinya aku mahukan yang lebih baik untuk diri dan hidupku sendiri. Akum ahu mencintai diriku sendiri lebih dari sekarang.

Jadi, aku harus memulakan perjalanan #FanaFatToFitJourney ku semula. Aku harus jaga diriku dengan lebih baik lagi. Aku tidak mahu lagi dihina hanya kerana aku kelihatan “bahagia” dengan tubuh adanku saat ini.

Doakan aku sahabatku. Aku bersendirian di perbatasan ini. Aku kadang-kadang lemah melayan perasaan. Emm.

Jumpa lagi ^__^.