Tuesday, 25 February 2025

Isteri

Isteri yang stress akan menangis. Kalau dia tak menangis depan orang, dia akan menangis sendirian dan akan mendiamkan diri.

Kepenatan akan membawa kepada kemarahan. Kemarahan itu perlu diredakan. Tempat paling dekat untuk dilepaskan ialah pada anak-anak.

Marah, geram, menjerit kat anak-anak dan ada kalanya sampai memukul pun ada. Kemudian mereka akan menyesal, sedih dan menangis.

Menjadi mak dan isteri ni umpama bekerja tanpa ada hari cuti. Ada orang menganggap apabila seorang isteri tidak bekerja atau bukan hari kerja dan duduk di rumah ialah sama seperti bercuti dari kerja.

Sebenarnya tidak. Kerjanya sentiasa ada. Kerjanya tidak habis-habis. Apa yang biasa dibuat para isteri nampak macam mudah, tetapi ianya adalah satu kerja yang dibuat berulang-ulang setiap hari.

Bayangkan buat satu-satu benda tanpa henti berhari-hari lamanya. Memang penat. Yang tak nampak penat ialah orang yang tengok orang buat kerja dan bukan orang yang buat kerja itu sendiri.

Isteri sangat stress. Jangan pandang remeh. Saya tengok ada je di kalangan wanita sendiri pandang serong bila ada yang kata mereka penat. Tak semua situasi sama. Tak semua hubungan itu sama. Stress fizikal dan mental orang, lain-lain. Kalau kamu tak stress, bersyukurlah.

Ada juga yang kata, "ye la, lelaki tak pernah stress". Tak sama bro. Stress lelaki dan stress para isteri dan mak ni kategorinya lain. Tak dinafikan kita memang stress juga, tapi kita bukan duduk di rumah sentiasa, kita juga bukan buat kerja rumah setiap hari. Handle anak-anak kecil ni cabaran dia lain macam.

Ambil peduli dan bantu mana yang patut. Jangan ditambah tekanan si isteri.

Kredit Penulisan : Akhtar Syamir Nor Azman

13 Petua

13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN

1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.

2. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.
Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap. 
Beras merah/basmathi. Tiada tepung dan gandum.
Banyakkan sayur dan buah buahan.

3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.

4. Ambil supplement. Pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.

5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.
Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.

6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.

7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.

8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.

9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku-buku. Membaca menajamkan akal. 

10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.

11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.

12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.

13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan terus berdoa.

#PetuaDanKesihatan
TQ Dr. MaMa

Monday, 24 February 2025

Minggu Pertama Persekolahan

Alhamdulillah, tahun ini Allah pilih kami menjadi ibu bapa kepada 4 orang anak, maka minggu persekolahan kami pastinya huru-hara seperti orang lain juga, hehe.

Walaupun, aku masih di dalam rutin berpantang, tanggungjawab kepada The Boys and My Man tidak lah daku lupa. Seawal Subuh dah aku kejut mereka, Alhamdulillah semua senang bangun dan tak buat perangai. Yelah, masing-masing umi dah belanja kasut sekolah baru, ada yang dapat baju baru, hehe. Beg baru je tak ada sebab umi tak suka beli beg, jadi kalau nak beg kena minta babah lah, hehe.

Apapun, terima kasih buat My Man, sangat hebat dan semakin mampu uruskan anak-anak tanpa umi. Alhamdulillah, semakin senang urusan umi lepas habis pantang nanti. Lepas ni, ada rezeki boleh lah ke umrah pula kita, Aamiin Ya Mujib.

Seperti biasa, kalau tak dipesan, memang tak ada lah gambar The Boys, maka sekeping dua ini jadilah buat kenangan di masa akan datang hehe.


Darjah 5, Darjah 4 dan Darjah 2

Gambar dari belakang pun boleh bang!

Apapun, terima kasih Allah atas pinjaman ini. Aku dan suami sangat hargai setiap pemberianmu. Semog kau berkahi perjalanan anak-anakku untuk menuntut ilmu ke jalanmu, Aamiin Ya Mujib.

Minggu kedua sudah, insyaAllah lebih mudah! Ayuh, ibu ayah!