Friday, 28 February 2025

Jumaat Terakhir Syaaban 1446H

Sebelum Asar Jumaat Terakhir Syaaban ni aku mohon maaf kepada semua atas kesalahan dan kekhilafan aku sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Aku juga dah memaafkan semua kesalahan kamu kepadaku. Aku cuma mahu perbaiki diri aku, hubungan aku dengan Allah dan keluargaku.

Semoga kita semua mendapat Ramadan yang diberkati Allah dan masih berpeluang bertemu Ramadan di tahun-tahun mendatang. Aku doakan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kamu semua dan insyaAllah, yang terbaik semua dari Allah. Kita manusia hanya menjalaninya sahaja. Semoga Allah permudah urusan kita semua. Aamiin Ya Mujib 🤲🏻.



Thursday, 27 February 2025

Surah Al-Insyirah

 


Kelebihan Surah Al-Insyirah, Bacalah Setiap Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.

3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh  menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.

7. Menghindari Sifat Malas
Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

8. Terhindar Dari Kesempitan Hidup
Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kesukaran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.

9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib
Jika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu.

10. Dapat Mengatasi Sakit Pinggang
Bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.

11. Menyerikan Wajah
Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. B

acakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik kan, betul tak?

12. Terhindar Dari Penyakit
Untuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.

13. Mengubati Sengatan Serangga
Bagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.

14. Hajat Mudah Dikabulkan
Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.


Jazakallahu Khairan

 


Kawan ...

Apa itu jazakallahu khairan?

Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khairan dari sahabat sahabat kita. Tapi yang menyebut tidak merasa apa apa dan yang menerima ucapan pun tidak dapat menghayatinya hingga ke hati.

Ada yang merasakan bait jazakallahu khairan itu sama seperti ucapan terima kasih dan TQ semata. Namun sebenarnya amatlah besar maknanya kalimat itu!

Bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: "Apabila ada seorang mengucapkan kepada saudaranya Jazaakallahu khairan, maka sungguh dia telah sangat menyanjung mu (sangat berterima kasih kepadamu kerana dia menyerahkan kepada Allah SWT untuk membalas kebaikanmu).”

Allahu Allah. 

Besarkan maknanya!

Benar sekali. Jazaakallahu khairan adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan disisi Allah SWT. 

Jazaakallahu khairan juga artinya semuga Allah SWT menganugerah kan kepada kamu syurgaNya. Menganugerahkan  kamu kenikmatan kelak di syurga. Menyelamatkan kamu dari neraka jahanam. Memberikan hidayah untukmu di atas Siraatal Mustaqim. Melindungi kamu dari syaithan yang terkutuk. Memberikan kamu rezeki yang penuh barkah. Menjadi kan kamu selalu berbakti kepada orang tuamu di dunia dan akhirat. Menjadikan kamu senantiasa mengikuti sunnah NabiNya.

Berkata Sayyidina Umar bin Khattab “Jikalau seseorang tahu apa yang terkandung dari ucapan Jazaakallahu khairan, niscaya ia akan memperbanyak untuk mengucapkannya antara satu sama lain." 

Moga bermanfaat untuk kita renungi, amalkan dan hayatinya. 

Jazaakallahu Khairan 😁

Barakallahu fikum .

Wednesday, 26 February 2025

WW 9/2025 : Setelah Kamu

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. 

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Tuesday, 25 February 2025

Isteri

Isteri yang stress akan menangis. Kalau dia tak menangis depan orang, dia akan menangis sendirian dan akan mendiamkan diri.

Kepenatan akan membawa kepada kemarahan. Kemarahan itu perlu diredakan. Tempat paling dekat untuk dilepaskan ialah pada anak-anak.

Marah, geram, menjerit kat anak-anak dan ada kalanya sampai memukul pun ada. Kemudian mereka akan menyesal, sedih dan menangis.

Menjadi mak dan isteri ni umpama bekerja tanpa ada hari cuti. Ada orang menganggap apabila seorang isteri tidak bekerja atau bukan hari kerja dan duduk di rumah ialah sama seperti bercuti dari kerja.

Sebenarnya tidak. Kerjanya sentiasa ada. Kerjanya tidak habis-habis. Apa yang biasa dibuat para isteri nampak macam mudah, tetapi ianya adalah satu kerja yang dibuat berulang-ulang setiap hari.

Bayangkan buat satu-satu benda tanpa henti berhari-hari lamanya. Memang penat. Yang tak nampak penat ialah orang yang tengok orang buat kerja dan bukan orang yang buat kerja itu sendiri.

Isteri sangat stress. Jangan pandang remeh. Saya tengok ada je di kalangan wanita sendiri pandang serong bila ada yang kata mereka penat. Tak semua situasi sama. Tak semua hubungan itu sama. Stress fizikal dan mental orang, lain-lain. Kalau kamu tak stress, bersyukurlah.

Ada juga yang kata, "ye la, lelaki tak pernah stress". Tak sama bro. Stress lelaki dan stress para isteri dan mak ni kategorinya lain. Tak dinafikan kita memang stress juga, tapi kita bukan duduk di rumah sentiasa, kita juga bukan buat kerja rumah setiap hari. Handle anak-anak kecil ni cabaran dia lain macam.

Ambil peduli dan bantu mana yang patut. Jangan ditambah tekanan si isteri.

Kredit Penulisan : Akhtar Syamir Nor Azman

13 Petua

13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN

1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.

2. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.
Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap. 
Beras merah/basmathi. Tiada tepung dan gandum.
Banyakkan sayur dan buah buahan.

3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.

4. Ambil supplement. Pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.

5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.
Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.

6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.

7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.

8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.

9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku-buku. Membaca menajamkan akal. 

10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.

11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.

12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.

13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan terus berdoa.

#PetuaDanKesihatan
TQ Dr. MaMa

Monday, 24 February 2025

Minggu Pertama Persekolahan

Alhamdulillah, tahun ini Allah pilih kami menjadi ibu bapa kepada 4 orang anak, maka minggu persekolahan kami pastinya huru-hara seperti orang lain juga, hehe.

Walaupun, aku masih di dalam rutin berpantang, tanggungjawab kepada The Boys and My Man tidak lah daku lupa. Seawal Subuh dah aku kejut mereka, Alhamdulillah semua senang bangun dan tak buat perangai. Yelah, masing-masing umi dah belanja kasut sekolah baru, ada yang dapat baju baru, hehe. Beg baru je tak ada sebab umi tak suka beli beg, jadi kalau nak beg kena minta babah lah, hehe.

Apapun, terima kasih buat My Man, sangat hebat dan semakin mampu uruskan anak-anak tanpa umi. Alhamdulillah, semakin senang urusan umi lepas habis pantang nanti. Lepas ni, ada rezeki boleh lah ke umrah pula kita, Aamiin Ya Mujib.

Seperti biasa, kalau tak dipesan, memang tak ada lah gambar The Boys, maka sekeping dua ini jadilah buat kenangan di masa akan datang hehe.


Darjah 5, Darjah 4 dan Darjah 2

Gambar dari belakang pun boleh bang!

Apapun, terima kasih Allah atas pinjaman ini. Aku dan suami sangat hargai setiap pemberianmu. Semog kau berkahi perjalanan anak-anakku untuk menuntut ilmu ke jalanmu, Aamiin Ya Mujib.

Minggu kedua sudah, insyaAllah lebih mudah! Ayuh, ibu ayah!


Saturday, 22 February 2025

Hampir Gila

Mengenalnya tanpa sengaja, melupakannya hampir gila.

Siapa sangka wajah semanis senja, membuat luka sedalam samudera.

Mencintainya tanpa bersangka, merawat luka separuh nyawa.

Siapa sangka wajah tercinta, membuat hati kering berkuping berkudis buta.


Memilikinya terlalu banyak cerita, membuangnya terseksa jiwa.

Siapa sangka setenang wajah itu, meranggut harmoni dan bahagia.


Fana,

Atas katil.

22-02-2025

12.20pm | Sabtu


https://youtu.be/XNOxzCRpkFg?si=9kkKDuQdX72gEvgP

Friday, 21 February 2025

Aku Bukan Tamak

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke-10 aku berpantang. Alhamdulillah, aku makin okay, luka nampaknya macam dah kering, tapi kena tunggu hari ke-15 nanti, bila jumpa jururawat baru tahu makin okay ke tak?

Alhamdulillah, berpantang macam biasa. Dibantu oleh suami. Bila bayi aku tidur, aku cuba untuk tidur walaupun tak mengantuk. Sedar tak sedar, rupanya aku tidur setengah jam je tapi nikmat sungguh.

Berbalik kepada tajuk di atas.

Aku bukan tamak.

Jujurnya, aku sedikit sedih bila lalu post di Tik Tok pasal adik-adik yang sekarang ni mudah je bersalin. Bayinya meluncur laju keluar dan sebagainya. Sedangkan aku? Allahuakhbar!

Kadang-kadang aku tamak, nak semua perkara Allah tunaikan. Tapi, aku tak mampu nak hadap ujian yang Allah beri untuk dapat sesuatu tu.

Jadi, aku tak boleh tamak lah kan?

Aku kena bersyukur. Walaupun secara pembedahan, Allah beri juga aku anak. Ramai lagi perempuan lain belum dikurniakan anak. Kau nak apa lagi Fana ooii?

Yelah, makin lama makin tua ni, banyak benda juga aku fikir. Sekarang Mr. Suami asyik ulang, “Alhamdulillah, sayang dah tak mengandung lagi lepas ni. Tak payahlah kita layan drama Klinik Kesihatan dan Hospital lagi sayang. Alhamdulillah, Abang reda dan bersyukur dengan rezeki anak yang ada.”

Aku sedih.

Kalau suami pergi kerja, kadang-kadang aku menangis juga. Melahirkan secara pembedahan je dah buat aku rasa “kurang” apatah lagi setelah BTL. Bertambah kurang rasa sebagai perempuan.

Jangan kau ajar aku rasa bersyukur atau reda. Biasalah, aku adalah perempuan biasa yang di dalam “tempoh bertenang dan berehat” memang memerlukan “lebih banyak masa” untuk reda atas semua ini.

Aku bersyukur anak yang aku kandung dan lahirkan sihat, cukup sifat dan sempurna di mata kami semua. Cuma beri aku masa. Beri aku masa untuk hadam semua ini.

Aku bukan tamak.

Wednesday, 19 February 2025

WW 8/2025 : Jika Kamu

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.


Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Tuesday, 18 February 2025

Anak Amanah Allah

Setiap anak yang Allah amanahkan pada kita jalan ceritanya tak sama.

Sama ada kita nak terima atau tidak ketentuan-Nya.


Semua yang berlaku dalam kehidupan kita ini adalah hal yang terindah dari Sang Pencipta. Hargai momen yang ada sebelum terlewat.

Hari ini she dan Mr. Suami bawa baby AA pergi HSI untuk ambil darah jantung dan tiroid. 2 botol ya kena ambil. Kenapa?

Sebab tiroid she belum “hilang dan sembuh”.

She nak anak kan? Allah bagi lah ujian sikit. Tak kan nak merungut. She pujuk Mr. Suami, risau dengar tangisan baby bongsu dia. Susah hati si bapa siapa tahu. She tak risau ke?

Hati emak siapa tahu.

Mak boleh jaga 10 anak,

Harapan mak, anak doakan mak.

#KakNaPreciousMoments

Friday, 14 February 2025

Finally - I Quitted


14-02-2025 | 8.25am

Finally and officially.

I quitted from this group.

Sad, down and too much feeling to describe but i don’t want to describe more.


Alhamdulillah, sepanjang dalam group ni, Allah berikan aku peluang merasai pengalaman melahirkan anak secara normal walaupun pada akhirnya kena czer juga.

Sesiapa yang berminat untuk belajar melahirkan anak secara normal selepas czer, boleh join group ni. Maaf, link aku tak boleh bagi sebab aku dah left group. Korang search je, insyaAllah jumpa.

Apapun, setelah semua usaha kita dah buat, kepada Allah jualah kita berserah. Pasti ada sesuatu kemanisan yang Allah sediakan untuk kita setelah ujian yang DIA berikan.

Terima kasih atas semua ilmu dan nasihat, insyaAllah ada rezeki lain yang lebih baik menanti.


Selamat tinggal kenangan 🥺.


Fana Hana,

Mom Of 4 Boys,

#CzerMom

Thursday, 13 February 2025

Malam Nisfu Syaaban 1446H

Malam Nisfu Syaaban ni, tak minta banyak. Doa aku, semua doa aku dan mereka yang sayang aku dimakbulkan Allah. Aamiin Ya Mujib 🤲🏻.







Wednesday, 12 February 2025

WW 7/2025 : Mungkin

Mungkin post kita tak beri impak pada orang lain.

Tapi, post orang lain yang kita share boleh beri impak 200% pada orang lain. Tiada siapa tahu kan?

Friday, 7 February 2025

Selamat Hari Lahir Anak Sulungku - Arsyad

 Selamat Hari Lahir Anak Sulungku #AmyrulArsyad14

06-02-2025 | Khamis

Gambar Abang Hari Kedua dilahirkan

Masa ni abang Darjah 3

Semoga yang baik-baik buat anak kesayanganku.

Abang nak hadiah kena tuntut dengan babah.

Hadiah dari umi, Allah dah tunaikan untuk abang lahir dalam bulan yang sama dengan umi 🥰.

Umi sayang abang sampai syurga Firdaus. Semoga apa sahaja yang abang lakukan akan mendapat rahmat dan keredaan Allah.









Kek dan sambutan abang umi dan babah buat sejurus sahaja umi keluar Wad di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 7 Februari 2025 selepas Isya' di rumah nenek (mentua). Abang seronok sangat sebab umi belanja ke dan babah belanja Marrybrown. Gambar Marrybrown tak ada sebab dah dimakan oleh adik-adik abang sebelum majlis bermula hehe.

Gambar 06-02-2025 sebelum umi kena tahan wad

Nanti bacalah kenapa umi kena tahan wad ya, boleh baca di sini. Terima kasih.

P/S : Tahniah abang dah jadi abang kepada 3 orang adik 🤭. Jangan marah-marah ha 😝.

Wednesday, 5 February 2025

WW 6/2025 : Rajin Tak?

Kau rajin tak? Tak rajin jangan baca.


https://www.facebook.com/share/p/15oiAgyNSP/?mibextid=wwXIfr

Tuesday, 4 February 2025

12 Rules For Life

12 RULES FOR LIFE 


Buku ni tulisan Jordan B. Peterson, seorang pakar psikologi yang suka bagi nasihat pedas tapi berisi. 

Tak ada nak manis-manis sangat, sebab hidup ni memang kena realistik. Jadi, dia bagi 12 peraturan asas untuk hidup yang lebih teratur dan bermakna. 


Jom kita hadam satu per satu.


1. Duduk tegak, bahu ke belakang.

Jangan bongkok. Jangan selekeh. Jangan nampak macam tak ada harapan. 

Bukan sebab nak nampak bergaya, tapi postur badan yang elok ni sebenarnya bagi signal kat otak dan orang sekeliling yang kita ni yakin dengan diri sendiri. 

Nak berjaya, kena mula dengan nampak yakin dulu.


2. Layan diri sendiri macam mana kau layan orang yang kau sayang.

Kadang kita lebih utamakan orang lain sampai lupa jaga diri sendiri. Kalau anak sakit, cepat-cepat bawa pergi klinik. 

Tapi kalau sendiri sakit, malas nak pergi, biar je telan Panadol. Jangan buat camtu. Jaga diri sendiri dulu, baru boleh jaga orang lain.


3. Berkawan dengan orang yang nak tengok kau berjaya.

Hidup ni kan, tak perlu kawan yang asyik menjatuhkan kita. Cari geng yang sokong, yang bagi semangat, yang jujur nak tengok kita naik. 

Kalau kawan kau asyik kutuk atau buat kau rasa kecil, sila tinggalkan dia tepi jalan.


4. Bandingkan diri kau dengan diri kau semalam, bukan dengan orang lain hari ni.

Jangan sibuk tengok hidup orang lain dekat media sosial sampai rasa hidup sendiri tak cukup bagus. 

Yang penting, hari ni kita lebih baik dari semalam. Banding dengan diri sendiri je. Tak payah nak lawan orang.


5. Didik anak elok-elok supaya kau tak menyampah dengan perangai dia nanti.

Anak-anak ni kalau dibiarkan ikut suka, nanti dunia yang ajar mereka cara hidup dan selalunya dunia ajar dengan cara yang kasar. 

Jadi, kalau tak nak anak jadi menyakitkan hati, didik mereka dengan betul dari awal.


6. Kemas bilik sebelum kau nak betulkan dunia.

Jangan asyik komplen dunia ni teruk, politik huru-hara, ekonomi teruk, kalau bilik sendiri pun berselerak. 

Mulakan perubahan dari benda kecil, sebab kalau yang kecil pun tak boleh urus, macam mana nak urus benda besar?


7. Cari makna dalam hidup, bukan keseronokan semata-mata.

Kalau hidup asyik kejar benda yang seronok je, lambat laun kau akan rasa kosong. Cari sesuatu yang bagi makna,keluarga, kerja yang bermanfaat, tolong orang, kejar impian. Itu yang buat hidup rasa puas.


8. Cakap benda yang benar, atau kalau tak boleh, jangan menipu.

Jangan temberang. Jangan tambah cerita. Jangan bagi alasan yang tak wujud. Bercakap benar tu kadang perit, tapi ia akan selamatkan kau dari banyak masalah dalam jangka masa panjang.


9. Dengar betul-betul bila orang cakap, sebab mungkin dia tahu benda yang kau tak tahu.

Jangan syok sendiri je bercakap. Bila orang bercerita, dengar dengan teliti. Kadang-kadang ilmu datang dari sumber yang kita tak jangka.


10. Cakap dengan jelas apa yang kau nak.

Jangan harap orang faham sendiri apa yang kau inginkan. Kalau ada masalah, luah. 

Kalau nak sesuatu, minta dengan jelas. 

Hidup akan jadi lebih mudah kalau semua orang tahu apa yang kau maksudkan.


11. Jangan sekat budak-budak ambil risiko yang mereka boleh tanggung.

Anak-anak nak panjat pokok? Biarkan. Nak main basikal laju sikit? Bagi peluang. 

Hidup ni penuh risiko, dan mereka kena belajar dari awal untuk hadapinya. Kalau terlalu dilindungi, nanti besar sikit pun dah takut nak buat keputusan sendiri.


12. Kalau jumpa kucing jalanan, belai dia.

Hidup ni susah, tapi kita boleh buat benda kecil untuk bagi kebaikan. 

Senyum kat orang, tolong makcik angkat barang, bagi makan kucing tepi jalan. 

Kecil je benda tu, tapi mungkin cukup untuk buat satu hari jadi lebih baik.


Jangan jadi manusia yang pasif dan sekadar mengikut arus. 

Ambil tanggungjawab, hadap cabaran, cari makna dalam hidup, dan jadilah seseorang yang lebih baik dari semalam. 


Hidup ni bukan mudah, tapi kalau ada prinsip yang kukuh, insyaAllah boleh lalui dengan lebih baik.


Selamat pagi pejuang impian !