Thursday, 30 January 2025

Kau Tak Tahu

Kau tak tahu.

Kau tak tahu apa yang seseorang itu lihat, dengar dan lalui seumur hidupnya untuk dia kekal sehingga sekarang.


Kau tak tahu dan tak akan tahu.

Sebab apa yang kau nampak, dengar dan rasa tak akan sama dengan apa yang dia rasa.


Sedangkan, kasut kau dan dia pun tak sama jenama, macam mana kau kata kau boleh fahami dia?

Hati-hati dengan kata-kata yang kau keluarkan untuk dia. Takut-takut berbalik semula pada kau satu hari nanti.


Ha, kau. Yelah kau.

Semak balik hati kau, okay ke?

Wednesday, 29 January 2025

WW 5/2025 : Selamat Tahun Baru Cina

Gong Xi Fa Cai! 新年快!”

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan kepada hidup kamu. Semoga tahun baharu ini dipenuhi dengan pengalaman yang indah dan pencapaian yang hebat

Tuesday, 28 January 2025

S E N Y U M

Dalam hidup kita ni, bukan semua orang suka dan sayang kita.

Akan ada yang geram dan benci kita tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Akan ada yang berasa menyampah hatta mendengar suara kita, apatah lagi memandang wajah kita.

Jadi, apa yang kita perlu buat?

S.E.N.Y.U.M

Kita senyum sahaja pada hinaan dan makian mereka, dan teruskan melangkah ke hadapan menggapai apa yang kita impikan. Jangan sesekali mengendahkan apa yang mereka katakan atau lakukan.

Sebab apa?

Sebab ini adalah pentas kehidupan yang kita perlu jalani selagi masih ada nyawa dikandung badan. Selagi itu kita akan diperhatikan, baik musuh atau lawan 😌

Sayangi diri sendiri dulu ❤️

Monday, 27 January 2025

Nampak Diam

Aku ni nampak je diam-diam. Otak aku ni tak berhenti fikir nak survive for the boys ya. That’s why profile aku, 3F - Fight For Future. Memandangkan aku suka huruf F, maka terhasilnya motto itu.

Anak-anak nama A sebab pilihan babah dia. Apapun, struggle setiap orang tak sama. Jangan sebab kita nampak dia relaks je, kita terus rasa dia okay tak ada masalah.

Jangan putus harapan pada Allah.

Allah Maha Melihat dan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Friday, 24 January 2025

Tak Perlu Banding

Tak perlu banding hidup kau dengan hidup orang lain.

Cerita hidup kau dan dia berbeza. Hargailah apa jua plot dalam kisah hidup ini dan pastikan kau jadi hero dalam cerita kau sendiri.

Surround

Surround yourself with those who will push you to become better, not because they will give you handouts, because they will give you the truth.

Wednesday, 22 January 2025

WW 4/2025 : Temujanji di Hospital Sultan Ismail

Hai awak.

Hari ini saya ada temujanji bersama doktor di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Doakan saya, baby dan semuanya baik-baik sahaja ya awak. Terima kasih, awak.

Friday, 17 January 2025

Self Love

 ✅SELF LOVE


Adakah korang dah ucap terima kasih pada diri sendiri hari ini?

Jika belum, mari sama-sama kita buat.

1. Sila ambil tangan letak dekat dada anda

2. Baca Bismillah, Selawat Nabi 3x, dan Sedekahkan Al-Fatihah untuk diri sendiri dengan sebut nama penuh. 

"Aku hadiahkan Al-Fatihah ini buat diri aku sendiri __________, Al-Fatihah!"

3. Tangan masih di dada, pandang ke cermin dan ucapkan : "Wahai hati yang Allah pegang, wahai jasad yang masih bernyawa, terima kasih kerana masih bersamaku. Walau apa pun keadaan kau, aku terima kau, aku sayangi kau, maafkan aku kerana sering mengabaikanmu."

Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita selalu memandang kelebihan orang lain tanpa kita sedar kelebihan dan kemampuan diri kita.

Jadi, mulai hari ini, terapkan rasa kesyukuran yang tinggi dalam diri kita. Jangan bersedih dengan kekurangan diri, sebaliknya sentiasa yakin diri dan hargai diri.

Please, self love first before you love others ❤️

Wednesday, 15 January 2025

WW 3/2025 : Risau dan Banyak Fikir

Hari ini genap hari ke 245.

Esok aku akan jumpa MO dekat Klinik Kesihatan Ibu & Anak macam biasa. Entah, dah 2 malam kau tak boleh tidur. Banyak benda mengganggu fikiran aku. Aku harap anak aku sihat dan kedudukan dia dah masuk ke laluan. Sejujurnya, aku memang mengharap kuasa Allah untuk izinkan aku bersalin secara normal. Aku memang tak pernah berpeluang merasainya, aku juga bersyukur walau apa cara sekalipun yang Allah beri, kerana aku telah dikurniakan anak-anak lelaki yang sihat dan bijak.

Doakan aku ya sahabat semua.

Wednesday, 8 January 2025

WW 2/2025 : Penat

Esok aku rancang nak ambil cuti rehat dua hari.

9 & 10 Januari 2025.

Entah, minggu ni aku rasa penat sangat. Sebab aku dan suami kemas rumah kot, yelah nak terima anak baru ni aku jadi macam tak menentu. Itu tak kena, ini tak kena. Padahal anak ke empat kot, hehe. Sindrom mak-mak mungkin hehe.

Wednesday, 1 January 2025

WW 1/2025 : Selamat Tahun Baru

 Assalaamualaikum semua.

Selamat Tahun Baru 2025 dan Salam 1 Rejab 1446H buat semua sahabat bloggerku. Semoga tahun ini akan jadi tahun terbaik buta kamu sekeluarga, Aamiin Ya Mujib.