Sunday, 29 December 2024
It's A ...
Wednesday, 25 December 2024
WW 12 : Selamat Bercuti Semua
Wah, seronok ya kamu, hari cuti sekolah jatuh pula dengan sambutan Hari Krismas. Makanya, cuti panjanglah kamu smeua ya, hehe. Kakak tak cuti, kakak duduk rumah je. The Boys je kakak tinggal dekat kampung duduk dengan atok mereka. Seronok mereka dapat jumpa sepupu semua.
Semoga cuti kali ini merapatkan lagi ukhwah silaturrahim kita semua. Semoga kita semua bahagia walaupun di mana jua kita berada. Sayangi keluarga anda, xoxo.
Wednesday, 18 December 2024
WW 11 : Persiapan
Alhamdulillah, bermula dari bulan Oktober 2024, aku dah beli banyak juga keperluan kami. InsyaAllah, ada beberapa lagi keperluan yang aku belum beli. Bila ada waktu lapang, aku kongsikan dengan kamu semua ya. Terima kasih yang sudi sokong aku di sini, semoga Allah memberkati kehidupan anda semua, Aamiin Ya Mujib.
Wednesday, 11 December 2024
WW 10 : 29 Minggu 6 Hari
Ya Allah, berasa terlalu cepat mas berlalu. Kau permudahkanlah urusan kami ya Allah. Aku hambaMu yang lemah. Bimbinglah kami ya Allah. Aamiin.
Wednesday, 4 December 2024
WW 9 : Salah ke?
Salah ke kalau perempuan mengandung jika bilangan anak telah lebih 2 orang? Atau jika usia mereka telah melebihi 35 tahun? Mengapa mahu di label perempuan hamil itu sebagai perempuan gatal? Bukankah mereka mempunyai suami yang halal untuk mereka meluahkan kasih dan sayang?
Bukankah kamu percaya setiap anak dikurniakan rezeki yang mencukupi dari Allah S.W.T. ?