Alhamdulillah.
Assalamualaikum w.b.t semua sahabat-sahabat bloggerku. Alhamdulillah, hari ni genap 12 tahun aku dan suami melayari bahtera rumahtangga kami. InsyaAllah, kami masih lagi berdoa agar perkawinan kami kekal bahagia sampai ke syurga, Aamiin Allahumma Aamiin.
12 tahun ini bukan satu jangka masa yang singkat. Pelbagai suka dan duka telah kami lalui. Emosi tak kira masa dan perasaan cemburu mengkhinzir buta selalu mencengkam rasa hahaha. Biasalah, perempuan dan emosi berpisah tiada.
Tahun ini, kami sambut Ulang Tahun Ke - 12 dengan satu hadiah yang besar dan bermakna. Hadiah yang kami tunggu-tunggu sejak 7 tahun dulu. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah hanya akan beri apabila kita betul-betul mampu dan berusaha sahaja.
InsyaAllah, dalam masa terdekat ni, kami akan reveal hadiah kami tu.
Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami, semoga kebaikan berbalik kepada anda semula, Aamiin Ya Mujib.