Thursday, 14 August 2025

Selamat Hari Lahir Anak Ketigaku - Amsyar

Selamat Hari Lahir Anak Ketigaku #Amyrulmsyar17

14-08-2025 | Khamis

14-02-2025
Gambar di HSI lepas umi dan baby dapat keluar wad

Semoga itu dan ini yang terbaik buatmu.

Pesanan penaja ;

1. Semoga terus menjadi anak nombor tiga yang hebat macam umi.

2. Semoga sentiasa menggembirakan hati umi dan adik beradik kamu.

3. Semoga menjadi abang yang mendamaikan dan menenangkan selalu.

4. Allah sahaja yang akan membalas kebaikan kamu kepada umi dan baby 😘.

5. Semoga ditetapkan iman dan selalu sabar dan tenang, Aamiin Ya Mujib.


Love you sayang ❤️.

Wednesday, 25 June 2025

WW 25/2025 : Dia Isteri

 

Kalau dia sihat.

Dis takkan minta tolong urutkan pinggang. Dia lenguh sangat tu. Betis, tapak kaki, bahu, satu badan dia sakit sebab banyak perubahan jadi untuk melahirkan zuriat.

Dia....

Isteri tuan yang hebat. Dia tahu kulit dan isinya akan disiat sehingga darah memancut. Tetspi dia tetap buat.

Sebab? Dia tak sabar nak bagi status AYAH buat tuan. Dia adalah isteri tuan. Amanah dari Allah buat tuan.

Wednesday, 18 June 2025

WW 24/2025 : Mengenal Manusia

Dalam proses kita mengenal manusia, sebenarnya kita sedang mengenal diri sendiri. Sebab, kalau kita tak percayakan diri kita untuk menerima keburukan dan kebaikan manusia itu, bagaimana manusia itu boleh menjadi sahabat kita.

Renung-renungkan. 😊